Saturday, April 26, 2008
Road to Olympic, Canada part 3
Esok bermulanya perlawanan kelayakan olimpik hoki wanita. Pasukan negara akan bertemu dengan pasukan Ireland. Saingan dijangka sengit juga esok. Maklum la, pasukan negara belum pernah berentap dengan pasukan Ireland sebelum ni. Tak tau samada kuat atau tidak. Tapi harapan utk menewaskan Ireland esok tetap ada. Siapa yg xnak ke olimpik ye tak. Aku berdoa yg pasukan kita akan dapat mengalahkan Ireland esok. Sebab mereka akan bertemu pula dengan pasukan Korea pada perlawanan yg kedua iaitu pada keesokan harinya. Ramai yg menjangkakan yg pasukan Korea yg akan layak utk ke olimpik. Tapi bagi aku, keputusan masih belum diketahui lagi. Belum tau siapa yg layak. Mungkin pasukan negara kita yg layak, sapa tau kan. Kepada semua rakyat Malaysia, bersama menyokong pasukan hoki wanita negara kita.
Tuesday, April 22, 2008
Road to Olympic, Canada part 2
Petang td waktu sini, selesai satu perlawanan persahabatan diantara pasukan Malaysia dengan Kanada. Pasukan Malaysia kalah 1 - 0. Tapi daripada segi permainan boleh dikatakan kita yg mengawal perlawanan. Cuma akibat kesilapan kecil dibahagian pertahanan, telah menyebabkan satu gol menembusi gawang kita. Biasalah, dalam permainan akan ada yg kalah dan yg menang. Bg aku, drpd corak permainan pasukan kita, aku yakin yg harapan utk melihat pasukan hoki wanita Malaysia utk ke Olimpik memang ada. Faktor cuaca dan suhu juga aku rasa sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi pemain kita. Ia sedikit sebanyak menjejaskan corak permainan pemain kita. Buat masa ni, aku masih lagi ada masa yg terluang utk bersiar siar di bandar Victoria ni mengambil angin. Bila acara sebenar dah bermula, aku akan kekurangan masa utk bersiar siar dah. X dpt la nak meronda ronda. Ngantuk plak aku, bersambung lagi nt.
Saturday, April 19, 2008
Road to Olympic, Canada
Sudah beberapa hari aku kt Victoria,Canada ni. Cuaca bole tahan la sejuk kt sini. Permandangan pun cantik kt sini. Beberapa hari ni juga, bebudak hoki wanita ni sibuk menjalani latihan sempena untuk kelayakan olimpik yg tinggal beberapa hari saje lagi. Harapan aku dan juga pegawai yg lain agar mereka ni layak la ke olimpik menggantikan pasukan lelaki yg sudah kecundang di Jepun tempohari. Aku yakin yg diorang ni boleh menang kt sini. Harap harap la. Ok la, aku akan update lg citer terbaru dr sini. Nak gi ikut diorang gi training pagi ni, huhuhuhuhu.
Monday, March 31, 2008
Zodiak dan pekerjaan
Adakalanya
karektor seseorang individu berkait rapat dengan zodiaknya. Kali ini jom kita tinjau zodiak
dan apa pula karektor kerja seseorang itu.
PEKERJA ARIES
Pekerja yang berzodiak Aries tidak sukakan pekerjaan yang memerlukan mereka
melakukan pekerjaan yang sama sepanjang masa. Cepat jemu dan terasa seolah-olah
kreativiti mereka terbatas. Selain itu, gaji bukan penarik minat utama mereka
menceburi sesuatu kerjaya. Yang penting kepuasan kerja dan prospek kerja yang
luas bagi membolehkan mereka meningkatkan keupayaan diri. Mereka juga sukakan
pekerjaan yang boleh mencabar keupayaan mereka. Untuk membuatkan si aries ini
gembira, berikan kepercayaan kepada mereka untuk membantu apa yang perlu
terutamanya menunjuk ajar pekerja yang kurang mahir. Mereka memang suka bab
macam tu!
PEKERJA TAURUS
Bukan nak mengampu, tapi sememangnya Taurus adalah seorang pekerja yang baik!
Mereka sangat setia, kuat kerja dan tak suka ˇkipas mengipas˘ ni. Mereka
bekerja ikut peraturan dan akan sedaya upaya melakukan kerja yang diberikan itu
hingga selesai. Cuma mereka ni memang agak ˇlembab˘ sikit dan suka buat kerja
ˇlast minute˘! Pun begitu, mereka sentiasa inginkan bimbingan dan tunjuk ajar
daripada orang lain untuk melakukan yang terbaik. Tapi usah cuba nak
memperalatkan mereka, buruk padahnya nanti! Untuk menggembirakan Taurus,
serahkan projek yang benar-benar menepati keupayaan mereka.
PEKERJA GEMINI
Mereka ini gemar berkongsi idea dengan teman setugas yang lain. Tak kedekut
ilmu beb! Tapi dalam masa yang sama mereka tidak boleh menumpukan perhatian
kepada satu kerja saja dalam tempoh yang lama. Selain itu, mereka ini suka
benar mengambil tahu soal orang lain jadi tak hairanlah mereka ni boleh menjadi
ˇratu gosip˘. Mood dan
produktiviti mereka sering berubah ubah dan saling berkaitan. Pekerjaan yang
sesuai adalah pekerjaan yang membolehkan mereka menjelajah ke banyak tempat.
PEKERJA CANCER
Bagi mereka, pekerjaan adalah untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan. Mereka ini juga boleh diharap dan
sentiasa bersedia membantu di saat diperlukan. Usah bimbang mereka ini bukan
termasuk di dalam orang-orang yang berlumba untuk mendapatkan kuasa. Bagi
mereka, pekerjaan penting bagi menjamin kehidupan yang selesa.. Persekitaran
kerja amat mempengaruhi mereka. Tentu kamu akan disukai jika bersikap peramah.
PEKERJA LEO
Wah! Si Leo rupanya ingin diri mereka menjadi perhatian utama di tempat kerja. Biarpun
mereka tidak boleh memimpin tapi mereka akan cuba mencari jalan untuk
meningkatkan status mereka di mata teman-teman sepejabat. Usah cuba nak komen,
pasti tak diterima mereka! Namun mereka gemar memberi nasihat kepada orang
lain. Untuk ˇmengawal˘ mereka ini, senang saja. Berikan mereka lebih
tanggungjawab agar mereka rasakan diri mereka itu orang penting! Tapi
berwaspadalah kamu. Silap haribulan, kerja kamu pula dirampasnya!
PEKERJA VIRGO
Jika kena gayanya, mereka mampu bekerja dengan rajin. Mereka tak kisah jika
terpaksa bekerja malam semata-mata untuk memastikan segala kerja berjalan
lancar. Sememangnya kejujuran kunci utama mereka dalam bekerja. Tapi mereka ini
mudah sangat mengkritik jika ada yang silap pada pandangan mata mereka. Mereka
sanggup melakukan pelbagai kajian sebelum memulakan sesuatu tugasan yang
diberikan bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang diperlukan.
Mereka tak perlu diampu, cukuplah jika mereka merasakan kerja mereka dihargai.
PEKERJA LIBRA
Ramai teman sekerja yang beranggapan bahawa mereka ini terlalu sensitif dan
sukar bekerjasama. Keupayaan mereka juga berubah-ubah. Satu hari mereka
kelihatan bertenaga dan mampu bekerja cemerlang dan di hari yang lain pula
mereka bersikap sebaliknya. Namun sekiranya mereka mampu mengawal mood mereka
yang tak seimbang itu, tak mustahil mereka boleh naik pangkat! Walau bagaimanapun, jangan cuba nak
memerintah mereka lebih-lebih pula!
PEKERJA SCORPIO
Ternyata mereka ini mampu berdikari dan tidak mengharapkan pertolongan daripada
orang lain sangat. Segalanya boleh di uruskan sendiri! Yang bagusnya, mereka
tak pernah campur adukkan soal kerja dan peribadi. Mereka tak takut untuk
menyuarakan pendapat sekiranya merasakan ada yang tak kena. Berani kerana
benar! Tak kira yang buat salah itu orang atasan atau teman sejawat! Mereka
juga akan melayan orang lain seperti orang lain melayan mereka. Bermakna, kalau
orang baik dengan mereka, begitu juga dengan mereka. Kalau tak, maaf sajalah!
PEKERJA SAGITARIUS
Mereka ini berkeyakinan, ceria dan bersedia membantu dalam pekerjaan. Apa jua
yang diserahkan kepada mereka pasti akan dilakukan sebaik mungkin. Tak ada
masalah! Pun begitu, usah perlekehkan mereka kerana itu adalah kepantangan bagi
mereka! Jangan cuba
main-main!
PEKERJA AQUARIUS
Sukar untuk bertolak ansur dengan mereka. Bukan apa,mereka asyik ingin lakukan yang
terbaik. Mereka juga bercita-cita tinggi. Untuk mengembirakan mereka, beri
peluang kepada mereka untuk meluaskan pengetahuan dan skil kerja mereka.
PEKERJA CAPRICORN
Mereka gembira bila merasakan diri mereka diperlukan untuk menjayakan sebarang
kerja. Mereka juga akan sentiasa cuba untuk meningkatkan daya usaha mereka. Pun
begitu, mereka bukanlah seorang yang suka memaksa. Apabila mengenalpasti matlamat, pasti mereka akan berusaha
untuk mencapai segala yang diimpikan itu. Namun mereka bukanlah bekerja secara
sukarela saja. Jika dirasakan kerja yang dilakukan berbaloi, bermakna gaji yang
diberikan juga harus berbaloi!
PEKERJA PISCES
Mereka boleh menjadi seorang pekerja yang taat dan kerja kuat. Sekiranya ada
yang tak kena di dalam pejabat, pasti merekalah yang mula-mula mendapat tahu.
Mungkin sebab terlalu prihatin kot!Mereka gemar melakukan sesuatu yang dianggap
berbaloi untuk dilakukan!
Friday, March 28, 2008
Blog Problem
Buat masa ni aku sedang membaiki skrip blog aku. Jika korang ada terjumpa apa apa masalah kt dalam ni, sila bgtau aku k. Makasih.
Monday, March 24, 2008
test
test version
Monday, March 17, 2008
Kahwin Oh Kahwin
Semalam aku ke Rasa, Selangor sebab salah budak kelas aku dulu dah kahwin. Terkejut aku bila dapat berita tu. Memang aku langsung tak sangka. Dulu masa kt kelas dia ni cam skema jek, nak ngorat pun takut, tp akhirnya kahwin dah dia. Aku gak la masih lagi camni. Hidup macam xde matlamat. Banyak soalan yg aku nak tanya kt dia, tp memandangkan suasana kurang sesuai semalam, aku diamkan aje. Pelik aku. Bila masa la dia ngorat budak ni dan kat mana dia kenal? Ahhhh biarkan je la. Dah jodoh dia. Tengah tengah bersembang semalam, byk gak la soalan yg terpaksa aku jawab. Maklum la lama x jumpa la katakan. Dan soalan yg paling biasa aku dgr kalau jumpa kawan kawan lama ni, "Kau bila lagi?". Biasa aku aku jawab, "Erm nantilah." Malas nak layan, hahahahaha. Minggu ni pun ada sorang lagi member aku nak kahwin dah. Bekas budak umah sewa aku dulu. Skang dia ada kt Seremban kot kalau aku x silap la. Sorang demi sorang kawan kawan aku mula membina rumahtangga. Aku je yg belum lagi, huhu. Bukan xnak, cuma sekarang ni tengah komplikated sikit situasi aku ni. Insyaallah, kalau berjaya aku lepas dari permasalahan ni, mmg aku pun akan terus ke arah tu agak nanti. Sapa yg xnak kahwin kan, hehe.
Tuesday, March 11, 2008
Proses Mengemaskini
Akhirnya dpt jugak aku template yg menarik bg aku la kan utk blog aku ni. Cuma skang adalah proses utk penukaran dan pengubahsuaian skrip utk di masukkan ke dalam Blogdrive ni. Design pun nak kena tukar supaya bersesuaian dgn blog aku. Chatbox dan lain lain akan menyusul kemudian selepas aku selesai dengan pengubahsuaian skrip dulu k. Jadi kepada sesapa yg ada masuk lam blog aku nih, mintak maap la bebanyak dengan keserabutan skang ni. Aku akan cuba utk menyelesaikan semua perkara ni secepat mungkin k. Keep on update...Chiawwww.
Tuesday, March 04, 2008
Sepi
Diam x diam skang ni da masuk bulan 3 dah. Tp blog di langsung xde update. Apa nak buat, malas ditahap maksima skang ni. Dengan pindah opis lagi, lagi semak kepala aku wat masa ni. Aku skang tgh sibuk nak menukar template blog aku nih dgn design sekali. Jadi benda benda ni amik masa skit la kan. Oklah, update later. Chiawww.
Thursday, December 27, 2007
Selamat Tahun Baru 2008
Tinggal beberapa hari saja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2007 ni. Rasa cam tak percaya je yg kita dah menghampiri hujung tahun. Cepat betul masa berlalu. Tak sedar langsung, haha. Tahun ni banyak juga la kenangan manis dan pahit utk dijadikan memori. Tp cam biasa, aku mmg x pernah ada azam. Bg aku, cukupla sekadar tahun baru yg bakal aku tempuhi ni agar dimurahkan rezeki dan perjalanan hidup aku diberkati. Tahun ni xtau la kemana nak disambut tahun baru ni. Seeloknya kita ke masjid utk solat ke zikir ke kan. Tp berapa ramai sgt yg nak buat camni? Aku sendiri pun xtau lagi buat ke x. Yg aku tau kebanyakan org akan ke tempat tempat yg ada konsert dan hiburan je. Disko dan pub sememangnya la penuh aje. Dan majoriti kaum yg akan memenuhi pun x payah la aku bgtau kan. Kita da tau. Baru je minggu lepas kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Aku rasa raya haji ni selalu cam x meriah je. Sepatutnya raya yg ni la yg kita patut sambut secara meriah. Ni da terbalik pulak. Aku pun pas semayang raya tu balik umah layan tido jek. Apa la kan. X pegi tolong korban pun. Sekarang ni aku tgh bercuti. Menghabiskan cuti cuti yg ada. Kalau simpan pun bukan bole carry forward pun. Rugi aku jek. Baik di habiskan. Duk umah layan internet. Hua hua hua. Bila masuk tahun baru, layout dan banner blog kena la tukar. Skang ni cam malas lagi nak buat. Tunggu la dulu kan. Kepada semua pelawat pelawat blog aku nih, Sekian Terima Kasih dan Selamat Tahun Baru 2008 aku ucapkan diatas kesudian anda melawat dan tahun baru yg bakal menjelma. Aku x pernah jangka yg blog aku ni akan ada pelawat. Sbb pada asalnya aku buat utk tatapan sendiri jek, huhu. Jadi aku harap utk tahun baru yg bakal menjelma ni, korang akan dapat mencapai segala azam yg dibuat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan perjalanan hidup serta dihindari daripada segala malapetaka hendaknya. Aminnnnnn.