Sunday, July 26, 2009

Kembali Menaip
Yeah. Setelah beberapa bulan aku tak menjengah ke blog, dan hari ini aku kembali menaip seperti sebelum ni. Banyak perkara dan kerja yang perlu aku lakukan sehingga aku ketiadaan masa utk menaip kt blog aku sendiri hahaha. Bulan ni aku agak 'free' memandangkan takde kerja 'outstation'. Byk kerja kerja didalam negeri sahaja. Rilek la sikit. Kalau tak, baru je balik dan rehat kejap pastu da nak kena kuar balik. Penat ooo. Pada aku kerja dalam negeri lagi syok daripada kena 'outstation' ni.

Skang ni bebudak hoki pompuan byk training je kt stadium. Mungkin bulan lapan ni aku dengar akan ke India sekiranya jadi untuk latihan dan perlawanan persahabatan dengan team India. Semua tu adalah sebagai persediaan untuk menghadapi Sea Cup pada bulan 9 di Bangkok dan juga Asia Cup pada bulan 10 juga di Bangkok. Untuk 'game' kali ini, pihak atasan ingin benar utk melihat hasil. Maklumla, pasukan Malaysia masa Champion Challenge 2 di Kazan Rusia aritu kurang menyerlah. Jadi kali ni, semua kena betul betul fokus memandangkan dah kena tembak masa balik aritu, huhuhu. Nak kata teruk tu xde la teruk sangat. Tapi bole la tahan mantapnya.

Bila dah 'free' ni, mula pulak rasa bosan asyik lepak kt opis je. Aktiviti kalau xde keje tu kalau tak kuar gi minum, bantai tido je la. Apa nak buat. Kalau masa sibuk, sibuk gile bab. Kalau da 'free' tu, sampai xtau nak buat apa. Haha. Emm ada gak orang komen pasal blog aku ni kt chatbox. Xtau plak aku ada gak orang nak membaca apa yang aku taip nih. Jadi kalau ada yang rasa bosan ke hapa ke, carila blog lain yang seronok. Aku bukak blog ni utk taip apa yang aku rasa nak taip je. Tak terpikir pun nak sume orang baca. Huhuhu.

Emmm da xtau apa nak taip da. Sambung esok je la. Makasih pada yang membaca. Chiawww.


Komens (2)


Monday, February 23, 2009

Classic Definitions
Cigarette

A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end & a fool at the
other.

Love affairs

Something like cricket where one-day internationals are more popular
than a five day test.

Marriage

It's an agreement in which a man loses his bachelor degree and a woman
gains her master

Divorce

Future tense of marriage

Lecture

An art of transferring information from the notes of  the lecturer to
the notes of the students without passing through "the minds of either".


Conference

The confusion of one man multiplied by the number present.

Compromise

The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got
the biggest piece.

Tears

The hydraulic force by which masculine will-power is defeated by
feminine water-power ..

Dictionary

A place where divorce comes before marriage.

Conference Room

A place where everybody talks, nobody listens & everybody disagrees
later on.

Ecstasy

A feeling when you feel you are going to feel a feeling you have never
felt before.

Classic

A book which people praise, but do not read.

Smile

A curve that can set a lot of things straight

Office

A place where you can relax after your strenuous home life.

Yawn

The only time some married men ever get to open their mouth.

Etc...

A sign to make others believe that you know more than you actually do.

Committee

Individuals who can do nothing individually and sit to decide that
nothing can be done together.

Experience

The name men give to their mistakes.

Atom Bomb

An invention to end all inventions.

Philosopher

A fool who torments himself during life, to be spoken of when dead.

Diplomat

A person who tells you to go to hell in such a way that you actually
look forward to the trip.

Opportunist

A person who starts taking a bath if he accidentally falls into a river.

Optimist

A person who while falling from the Eiffel Tower says in midway "See I am
not injured yet."

Pessimist

A person who says that O is the last letter in ZERO, Instead of the
first letter in word OPPORTUNITY.

Miser

A person who lives poor so that he can die rich.

Father

A banker provided by nature.

Criminal

A guy no different from the rest... except that he got caught.

Boss

Someone who is early when you are late and late when you are early.

Politician

One who shakes your hand before elections and shakes your Confidence afterwards.

Doctor

A person who kills your ills by pills, and kills you with his bills.


Conteng komen busuk korang..


Sunday, December 21, 2008

Selesai..
Akhirnya berakhirlah misi pasukan Malaysia di kejohanan hoki di Seremban ni. Walaupun menang 4-0 dengan Singapura akan tetapi corak permainan yang ditunjukkan agak kurang menarik. Tak tahulah apa yang x kena dengan pasukan pada hari ini dan semalam. Ada masalah dengan tekanan ke apa ke, aku pun xtau la. So malam ni boleh la aku mengemas barang barang utk balik esok. Dengan duit hotel yang x berbayar lagi, adoiiii pening kepala aku. Member sebilik aku pulak dah pun balik tadi. Katanya ada hal berkenaan rumah sewanya. Malam ni tido sorang je la, huhuhuhu. Ni nnt dalam kul 2 lebih nak kena gi stadium balik sebab nak rekod game separuh akhir antara India dan Japan. Petang lak nak rekod final pulak antara China dan Korea. Perghhhhh penat penat. Dengan panasnya atas menara tu nanti. Keje keje.


Conteng komen busuk korang..


Monday, December 15, 2008

Lupakan Boston
Yup. Harini adalah kekalahan kedua buat skuad junior wanita kita. Kekalahan pertama kepada Jepun 2 - 1 dan harini kepada China 3 - 0. Kekalahan ini menyebabkan peluang utk kita melayakkan diri ke Piala Dunia di Boston, USA tinggal harapan. Aku sememangnya mengharapkan menang atau seri pada harini. Tapi nak buat camana, pasukan sudah memberikan tentangan terbaik namun ternyata pihak lawan lebih bernasib baik. Bermain ditempat sendiri pun tak semestinya akan menghasilkan kemenangan.

Jika dilihat drpd segi positif, ternyata byk kemajuan yg ada pada pasukan hoki wanita hari ini. Kalau dulu skuad Malaysia merupakan pasukan belasahan tetapi tidak lagi hari ini. Ternyata pihak lawan sekarang sudah mula memandang serius diatas pencapaian Malaysia sekarang. Secara peribadi, sekalung ucapan tahniah aku berikan kepada kesungguhan dan dedikasi dorang kepada pasukan. Memang kekalahan tu pahit utk ditelan, akan tetapi jika diberikan masa dalam setahun dua lagi aku pasti yang pasukan yg ada akan menjadi terbaik setanding China, Jepun dan Korea.

Ramai pemain yg tak dapat menahan air mata akibat kekalahan tadi. Mereka juga ingin membuktikan kemampuan diri masing masing selaku pemain Malaysia. Tapi apa nak buat, tuah tidak di sebelah mereka. Kepada pemain pemain, teruskan usaha anda semua, jangan mudah mengaku kalah. Kekalahan hari ini tak bermakna kalah selamanya...


Conteng komen busuk korang..


Friday, November 14, 2008

Jalan jalan cari bahan
Arini setelah sekian lama, akhirnya aku menjengah kembali ke dalam blog aku ni. Sebenarnya semalam dah masuk, takat paste bahan pastu log out. Aku tgk visitor pun da xde, huhuhuhuhu. Lantaklah, bkn aku jemput pun org nak baca kan. Masa ni aku tgh melepak kt opis sensorang. Mana pegi bebudak lain aku xtau la. Sume ada keje la kot. Aku pun baru je balik dari stadium nih, ada sesi video dengan team. Maklum la, 17hb ni dorang da start latihan kt Seremban untuk menghadapi Piala Asia Remaja bulan Disember ni. Jadi boleh dikatakan agak sibuk aku bulan Disember ni. Adoiiiii laparnya perutt. Nak gi toilet jap ar...



Conteng komen busuk korang..


Monday, November 10, 2008

Tips Motivati Kerja Dari Dr. Fadhilah Kamsah
"Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan 'biasa' dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..

Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan 'biasa' saja, hasilnya adalah 'biasa' saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja lah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." -- Datuk Dr. Fadilah Kamsah

Jadi renungi lah :-

1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggung jawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampeh, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja.

2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'.

3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN', tapi rupanya kita BUSY BODY.

4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENG'AJAR'AN.

5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS.

6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA

7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT'

Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera, tapi manusia tetap manusia, sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik, adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan, kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat, kita draw kat akhirat nanti, tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib la sebab dah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih...

Renungi lah, berapa orang kawan kita dan berapa orang lawan kita, nescaya itu la kayu pengukur diri yang sebaiknya...


Conteng komen busuk korang..


Monday, August 25, 2008

Kasih sayang mengikut bulan lahir..
Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
  dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
  pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
  memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
  tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
  terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
  bila melakukan kerja
------------------------------------------------------------------

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada
luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati
pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
----------------------------------------------------

Mac

- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya..
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
-----------------------------------------------------
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta..
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang
dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
----------------------------------------------------------

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control
atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama
pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi
tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
----------------------------------------------

Jun

- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia
perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau
umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
--------------------------------------------
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
-------------------------------------------------

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang
  berkenan.
--------------------------------------------------

September

- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak
disetujuinya.
------------------------------------------------------

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada
  melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
----------------------------------------------

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
---------------------------------------------------

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.


Conteng komen busuk korang..


Tuesday, July 29, 2008

Minggu rilek....
Minggu ni x byk sgt keje kt opis. Maklum la team hoki pun da gerak gi Korea, jadi xde la friendly game ke training ke yg nak aku rakam. Lepak je la kt opis ni layan aircond. Skang ni aku da mula menceburkan diri ke dalam perniagaan barang barang 'halfcut'. Setakat ni xde lagi feedback yg drastik, baru je mula la katakan. Rabak gak la sen nak buat modal. Xpe, kalau x cuba mana nak tau bole pegi ke x kan. Kalu ada sesapa nak barang 'halfcut' terutama sekali utk kenari atau kancil bole kontek aku. Xde masalah nak carikan. Hehe.


Conteng komen busuk korang..


Friday, June 13, 2008

Sepi lagi ni..
Sejak aku blk dr Canada bulan lepas, aku da jarang mengemaskini blog aku ni. Yela, bkn kena marah pun kalau tak update kan. Jadi masa yg ada ni la aku gunakan utk menambah bahan yg ada.

Citer opis
Akhirnya berpindah juga aku ke opis yg baru. Luas jugak la tempat yg aku dpt. Suasana dalaman agak padat juga. Ditambah pula dengan kemasukan 5 orang staf baru. Terasa juga kelainan terutama bila ada org baru dalam opis ni. Maklumla, setiap sorang ni ada karektor masing masing. Jadi nak atau tidak, kenala terima kan. Sekurang kurangnya beban kerja yg kami tanggung selama ni kurang la sikit.




Conteng komen busuk korang..


Monday, April 28, 2008

Road to Olympic, Canada part 4
Hari ni merupakan hari yang agak mengecewakan bagi aku, jurulatih dan juga pegawai pegawai lain yang mengikuti perlawanan kelayakan olimpik ini apabila pasukan hoki wanita kita tewas lagi dengan pasukan Korea 5 - 0. Aku rasa orang orang di Malaysia juga mungkin kecewa apabila mendengar akan berita ini. Sudah la kalah semalam dengan Ireland dan hari ini kalah pula dengan pasukan Korea. Dan seperti biasa aku akan mendengar kutukan rakan rakan di Malaysia melalui ym. Dengan kekalahan ini, maka peluang utk Malaysia layak ke olimpik lebur sama sekali. Maka dengan itu pasukan hoki lelaki dan wanita kita tidak layak sama sekali utk ke olimpik. Untuk menantikan kembali peluang utk ke kelayakan olimpik kita terpaksa menunggu beberapa tahun lagi. Perasaan kekecewaan juga dapat dilihat pada raut wajah pemain pemain kita. Setelah setahun berhempas pulas membuat persiapan namun masih lagi dapat dilihat yg kita kekurangan daripada kelajuan dan kekuatan tubuh badan. Tapi tak mengapalah, bagi aku ini merupakan suatu pengalaman dan pendedahan yg terbaik bg pasukan hoki wanita kita. Bagi mereka yg tidak mengetahui cerita sudah tentu akan memberikan kutukan dan kata kata pedas. Akan tetapi bg mereka yg tahu, mereka juga akan memberikan pendapat yg sama seperti yg aku rasa. Harus diingat, ini adalah merupakan kali pertama dalam sejarah hoki wanita negara, kita layak ke kelayakan olimpik. Lupa pula aku bila kali terakhir mereka ke kelayakan. Tetapi itulah dprd cerita yg aku dgr. Bermain dengan pasukan Ireland dan Korea umpama menyerahkan diri ke dalam mulut buaya. Sememangnya pasukan Ireland dan Korea adalah antara pasukan yg terkuat didalam ranking dunia. Pasukan Ireland sebagai cth, mengadakan 30 perlawanan persahabatan dengan negara yang berada di ranking 15 kebawah daripadanya bermula drpd Jan hingga Mac tahun ini sebagai persiapan mereka. Sedangkan pasukan kita hanya mengadakan 10 perlawanan dalam tempoh itu. Sekadar ke Perth dan Azerbaijan sahaja untuk pendedahan dan persediaan pasukan kita utk ke kelayakan. Banyak bezanya. Kita harus sedar yg pasukan yg ada sekarang sedang dalam proses untuk perubahan. Perubahan ke arah kemajuan. Dan apabila berada dalam proses ini, kekalahan adalah perkara yg harus diterima dengan baik. Pada masa ini, sokongan drpd rakyat Malaysia amat amat perlu. Maka dengan sokongan yg diberikan, proses itu akan menjadi lebih positif. Bukan dengan memberi kutukan, kerana ia boleh menyebabkan perubahan itu terus ke arah negatif. Oklah, malas nak menaip panjang lebar sangat, cuma secara peribadi aku nampak yg pemain kita bermain dengan sedaya upaya mereka. Cuma dua perlawanan awal yg ditentukan bagi pasukan kita sememangnya sukar. Jika diletakkan bermain dengan pasukan Itali atau Kanada, aku pasti yg peluang utk ke olimpik cerah. Ini juga merupakan pendedahan dan pengalaman yg amat bermakna bg mereka utk meningkatkan lagi keupayaan dan semangat dimasa akan datang. Kadang kadang kita kena berfikir utk masa hadapan yang mana tidak mustahil yg kita mampu mengalahkan pasukan India, Jepun, Korea dan China akan datang. Apa yg diharapkan, kita terus memberikan sokongan yg padu kepada mereka. Janganlah kerana kekalahan yg dialami mereka sekarang kita terus mengutuk utk menjatuhkan mereka. Mereka mampu utk bersinar cuma apa yg diperlukan sekarang ialah MASA. Aku yakin yg pada masa akan datang kita akan berada dalam ranking terbaik dunia, insyaallah..


Conteng komen busuk korang..



Next Page


Budak Busuk

Budak Busuk

Ego
Ketat
& Ceria ^^



JOIN BUSUK

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



KALENDAR BUSUK

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30



BORAK BUSUK



STATISTIK BUSUK



web stats


HAKCIPTA BUSUK



Creative Commons License
This work is licensed under a Creative Commons Attribution

PELAWAT BUSUK


Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!



KREDIT BUSUK


design* lollipoploves*YC
basecodes SHUMIN91.



IKLAN BUSUK